Selepas Kontroversi Dikaitkan Bersama, Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah Kini Tidak Lagi Bercakap Di Set Penggambaran?

Pengarah sensasi, Osman Ali menjelaskan dia tidak mengetahui situasi di lokasi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membabitkan dua pelakon utama, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah.

Memetik laporan Harian Metro, ia berikutan timbul dakwaan kedua-dua pelakon utama drama itu kini bekerja secara profesional dan tidak berkomunikasi dengan mesra seperti sebelum ini.

“Saya tak ada di set sekarang, di Langkawi. Balik kampung sekejap. Pengarah bersama yang urus di sana.

“Saya tak tahu sebab ‘break’ (berehat) sekarang,” katanya.

Disoal mengenai sambutan penonton terhadap drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah selepas kontroversi yang melanda, Osman berkata, dia difahamkan drama tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan di media sosial umumnya.

“Setakat ini sambutan baik. Maklum balas di media sosial pun Alhamdulillah. Cuma, rating sebenar dari TV3 saya belum dapat lagi.

“Mungkin ada pihak (penonton) yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong, masing-masing berhak untuk memilih.

“Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff, mereka tetap setia beri sokongan dan menonton drama ini dengan tolak ke tepi sebarang isu,” katanya.

Januari lalu, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita telah mengganggu Aliff dengan membuat panggilan telefon berkali-kali dan menghantar pesanan sehingga menganggu rumah tangganya.

Tidak berdiam diri, Aliff Aziz turut tampil mengesahkan aktres wanita yang menjadi punca pergolakan rumah tangga yang dimaksudkan isterinya, Bella Astillah adalah aktres Sophia AlBarakbah.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang dibintangi oleh Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah, Jasmin Suraya, Didi Astillah dan ramai lagi itu kini  bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam mulai 6 Februari lalu.

Drama tersebut juga boleh distrim eksklusif di aplikasi Tonton.

Khairil Khusyairi