Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Isu kontroversi membabitkan anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania kembali hangat diperkatakan.

Ia susulan tularnya dakwaan mengatakan Marissa dan teman lelakinya, Aslam telahpun bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember lalu secara senyap dan tanpa pengetahuan kedua ibu bapa serta isterinya, Misya.

Lebih mengejutkan, Aslam bertindak sedemikian ketika Misya sedang menunaikan ibadah umrah.

“Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misha telahpun dimadukan tanpa pengetahuan,” dakwa sumber.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA dilaman sosial milik anak kepada pasangan selebriti itu, Marissa kelihatan sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial ibu dan bapanya.

Sebelum ini, Marissa yang juga model pakaian muslimah didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Aslam dan Misya.

Bagaimanapun, setelah isu kontroversi itu reda, Aslam dan Misya difahamkan kembali rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Isteri Kedua, Marissa Dania Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Norman Hakim & Abby Abadi?

Salma Syahbuddin