Categories: Hiburan

Dapat Gelaran ‘Anak Awie’ Di TikTok, Reyzal Yazmi Tampil Dengan Single Mata

Meminati penyanyi legend rock tanah air iaitu Datuk Awie, pendatang baharu Reyzal Yazmi memilih lagu berkonsepkan rock untuk single pertamanya yang berjudul ‘Mata’.

Reyzal atau nama penuhnya Muhammad Reyzal Mohd Yazmi adalah penyanyi muda yang baru membina namanya di dalam industri ini.

Reyzal juga lebih mesra dengan gelaran singkatan Rey, mesra dikenali sebagai ‘anak Awie’ dalam laman sosial TikTok kerana wajahnya yang mirip dengan penyanyi rock Malaysia, Awie.

Seperti ‘mimpi’, Reyzal tidak menyangka lagu yang di tulis untuk simpanannya sendiri dapat direalisasikan dan menjadi single pertamanya yang bertajuk Mata, dengan adanya pertolongan dari label tempatan RR Entertainment.

”Sebenarnya lagu Mata ni saya menulis adalah berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidup saya dulu, tapi tu dulu sekarang lain dan tak sangka pulak dapat di jadikan lagu itu sebagai single pertama saya.

“Maksud yang tersurat di sebalik lagu ini? Biarlah saya saja yang menegtahuinya, nak jadikan ia sebagai rahsia peribadi! Saya hanya menyampaikan apa yang tersurat di hati saya dalam bentuk nyanyian dan saya sangat tidak menyangka impian saya menjadi kenyataan,” katanya.

Menurut Reyzal, dia bertuah kerana mendapat sokongan penuh keluarga dan kawan-kawan untuk menjejakkan kaki ke dalam industri muzik.

“Saya berharap netizen dapat menerima lagu ‘Mata’ dengan baik tapi masih tetap risau dan berdebar untuk menantikan reaksi orang ramai,” tambahnya lagi.

Lagu Mata boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Padin