Categories: Hiburan

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Bagi korang peminat setia program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua ini, jangan lupa untuk dapatkan klu seterusnya bermula pada 4 Ogos ini menerusi siaran radio kegemaran korang, hanya di HotFM! 

Selain itu, bagi korang yang terlepas untuk mendengar klu yang diberikan menerusi siaran radio kami, korang boleh dapatkan klu tersebut menerusi laman sosial TV3 Malaysia okay! Atau,boleh terus dengarkan klu tersebut bermula 5 Ogos hingga 11 Ogos menerusi peradua #SuaraSiapaTU di HotFM.

Jadi, buat korang yang telahpun mendapatkan klu pertama dan kedua yang diberikan menerusi siaran program #ICSYVMY #SuaraSiapaTu apalagi, jangan lepaskan peluang untuk korang bawa balik wang tunai sebanyak RM2000!

Korang hanya perlu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan tayangan video berdurasi 30 saat yang telah diberikan pada episod 5 dan episod ke 6 yang lalu. Dan, soalan seterusnya akan menanti korang semua bermula 4 Ogos ini sehingga 11 Ogos ini! So, stay tuned!

Sambil-sambil tu, apa kata kita layan dulu persembahan minggu lepas bersama Siti Sarah dan Skuasy Skuash!

Salma Syahbuddin