“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran

Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia dan suami kehilangan cahaya mata sulung mereka akibat mengalami keguguran.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka bahawa dirinya sedang hamil memandangkan pada ketika itu dia sibuk dengan jadual kerja yang padat sehinggalah dirinya jatuh sakit.

“Saya terkejut, tak tahu masa tu tengah hamil. Saya pula kerja tak berhenti.

“Mula-mula rasa badan lenguh, sakit kemudian teringin nak makan epal fuji merah sehinggakan bila suami beli epal lain saya tak nak.

“Selain itu, saya tak ada rasa nak tengok makanan berkuah. Saya pun pelik sampailah bila buat ujian kehamilan, positif. Terkejutlah kami!

“Bila buat temu janji dengan doktor, keesokan harinya tu ada darah keluar dan sakit perut sangat sampai menggigil. Doktor check ada pendarahan dan janin tak dapat diselamatkan  sebab kandungan di luar rahim,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Eh! ini juga memaklumkan dirinya terpaksa dikejarkan ke hospital sebanyak dua kali akibat mengalami pendarahan yang banyak.

“Saya kena bius akibat mengalami pendarahan yang banyak. Dua kali saya masuk bilik OT.

“Tapi apa yang saya paling ingat sebelum masuk bilik OT tu adalah bila Suami cakap ‘Sayang kena hidup tau, saya tunggu kat luar’,” jelasnya.

Mengakui suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin banyak membantu dan memberi sokongan terhadapnya, Zizi bagaimanapun bersyukur dan reda dengan ketentuan Allah.

Dia banyak tenangkan saya dan beri semangat. Suami cakap Allah yang berikan rezeki dan kita kena bersyukur,” ujarnya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Zizi memaklumkan dia terpaksa mengurangkan aktiviti dan kerjanya, bahkan mengakui dia dan suami juga tidak mempunyai apa-apa masalah selain memerlukan rehat yang cukup sekiranya hamil dalam masa terdekat.

Sekdar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dengan hanya sekali lafaz.

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin