Categories: Hiburan

DARI MANA DATANGNYA IKAN? – FATHIA LATIFF

Apa lagi kali ni – Fathia Latiff?

Tahun ini saja, pelbagai kecaman dan kritikan bertubi-tubi yang diberikan kepada pelakon Fathia Latiff. Adakah beliau benar-benar “dungu” sehingga suka mencetuskan kontroversi?

Kali ini, Fathia sekali lagi telah dikecam oleh keyboard warrior kerana mempersoalkan istilah baharu yang digunakan untuk perkataan “photobomb” kepada “Tunafoto” menerusi tweet yang dihantarnya.

Ini antara persoalan yang timbul berdasarkan tweet dari Fathia yang mendapat kecaman bertubu-tubi dari netizen dan keyboard warrior sehingga mendapat 290 retweet dan 201 like setakat ini.

Dari mana datangnya ikan? Dari mana datangnya ikan? Dari mana datangnya ikannnnnnn?

Antara tweet yang mendapat perhatian para keyboard warrior

Dan ini antara serangan balas dan jawapan paling “win” yang diberikan oleh netizen.

Dan, seperti sudah dijangka Fathia menganggap tweet yang dibuatnya itu sebagai bahan gurauan semata-mata memandangkan netizen memberi kecaman yang bertubi-tubi terhadapa apa sahaja yang Fathia tweet selepas itu. 

So, pesan xtra kepada Fathia Latiff kalau taknak dilabel kurang bijak jangan selalu cetuskan kontroversi murahan ye. 

Salma Syahbuddin