Tahniah! Dayang Nurfaizah Dan Hael Husaini

Duet diantara kedua-dua penyanyi hebat ini akhirnya membuahkan hasil apabila nyanyian duet mereka menerusi lagu Haram mendapat 6 juta tontonan. Tahniah!

Dayang Nurfaizah nampaknya dilihat telah berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat-peminatnya menerusi akaun instagram miliknya semalam.

Sebelum ini, Hael pernah memberitahu bahawa impiannya untuk berduet bersama Dayang Nurfaizah sudah lama menjadi impian beliau. 

“Sudah lama nak berduet dengan Dayang, sebelum Anugerah Juara Lagu lagi. Tetapi, dia beri saya masa selepas AJL untuk usulkan kembali duet tersebut  memandangkan kami perlu fokus terhadap pertandingan dan persembahan pada ketika itu.” Katanya

Apa yang pasti, lagu Haram nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini nampaknya memang mendapat tempat di hati pendengar di Malaysia. Nampaknya tidak sia-sialah impian dan harapan Hael Husaini untuk berduet dengan Dayang Nurfaizah kan?

Apapun, tahniah buat Dayang dan Hael!

Salma Syahbuddin