Categories: HiburanTrending

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi.

Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

“Pada awalnya lagu itu diberi pada saya sebagai singke solo dan saya mendengar demo lagu ini. Ketika itu, saya tanya siapa nyanyi demo. Saya cakap sedap pula, macam dah cantik untuk lagu itu.

“Timbul cadangan untuk lagu ini dinyanyikan secara duet. Saya cakap apa salahnya cuba. Lagi pun sebelum mendengar demo, saya memang suka suara Amir masa saya tengok dia buat persembahan. Saya cakap pada diri, tunggu masa dan lebih pengalaman menyanyi, dia boleh maju, bertambah baik dan pergi jauh.

“Jadi, apabila cuba letak suara kami dalam lagu ini, saya cakap ia menjadi. Dari situlah terjadinya duet ini. Sebab itu saya kata ia berlaku secara kebetulan. Boleh dikatakan ini duet yang tak dirancang pun. Sejujurnya, saya memang belum ada perancangan untuk nak ada lagu duet lagi,” katanya.

Sementara itu, Amir, 26, menyifatkan duet bersama Dayang dalam lagu ‘Debu’ adalah mimpi menjadi kenyataan.

“Memang mimpi jadi kenyataan. Boleh kata, setiap kali ditanya dengan siapa artis wanita yang saya nak berduet, saya akan cakap Dayang Nurfaizah. Ini memang antara impian saya untuk berduet dan keluarkan lagu dengan Dayang. Bila dapat tahu akan berduet dengan Dayang dan saya nampak dia dalam studio, saya rasa teruja.

“Dayang seorang yang sangat ‘humble. Apabila saya jumpa, dia kata yang dia segan dengan saya. Jadi dari situ, saya berasakan dia seorang yang sangat merendah diri untuk seorang yang sudah ada status serta nama yang besar dalam industri. Perkara itu membuatkan saya berasa terharu dan sangat dihargai. Dia tak kira yang saya ini orang baru atau tidak, dia tetap layan saya sama macam semua orang,” katanya.

Single ‘Debu’ nyanyian Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi yang diterbitkan secara usahasama oleh Nova Music dan Faithful Music; dan diedarkan Universal Music Malaysia dan boleh mula di strim di semua pelantar muzik digital.

Padin