Categories: HiburanTrending

Dedah Nama Penuh Musa, Warganet Kritik Tindakan Noh Salleh

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sekali lagi meraih perhatian netizen selepas mendedahkan nama penuh anak angkatnya, Musa.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram, terdapat netizen yang mempersoalkan nama penuh Musa yang ber’bin’kan Noh.

“Musa Mohammad Noh Binti Abdullah,” jawab Noh.

Tindakan tersebut menyebabkan dirinya makin dikecam.

Noh bagaimanapun dilihat tidak memadam komen itu dan ia masih kekal di hantaran tersebut.

Sebelum ini, Noh mendakwa dia tidak tahu-menahu perjanjian yang dibuat Athira dan bekas isterinya, Mizz Nina di mana mereka dilarang memuat naik foto paras Musa dalam mana-mana platform media sosial.

Athira menuntut Noh menarik balik kenyataan, melakukan permohonan maaf secara terbuka dan memadam foto muka Musa yang dimuat naik di dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.

Malah, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.

Syamir Shafie