Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2022 @ 6:57pm

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana sehingga tular di laman sosial.

@zackkirana27 DENYUT atau DEGUP bahagian 2. Walaupun tak perlu, saya beri jugak penerangan. Raikan pendapat. #fyp #fypシ #cikguzackkirana #bahasajiwabangsa ♬ original sound – zack kirana

 

Bagaimanapun, penyanyi Nuha Bahrin bersikap lebih terbuka berkenaan kontroversi yang berlaku malah, menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka.

“Saya tak boleh nak beri ulasan yang terlalu terperinci namun bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.

“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” katanya.

Tambahnya lagi, sambutan terhadap lagu berkenaan betul-betul diluar jangkaan sekaligus memberi inspirasi buat penyanyi berusia 21 tahun ini untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.

“Sambutan lagu Casablanca memang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang.

“Sebab rezeki yang saya dan rakan duet, Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah-ruah. Malah, saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Akhirnya Rihana Oksana Kongsi Wajah Tengku Ismail Leon Yang Mirip…

Akhirnya, Rihana Oksana mendedahkan foto wajah anak sulungnya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra, cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sultan Muhammad V menerusi laman Instagram miliknya dua hari lalu.          View […]

Hiburan Mon, 6 Aug 2018
Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

为林文荪量身订造!曹格:这首歌终于找到主人了

「大马好女声」林文荪自推出《这世界终会记得我的名字》迷你专辑后,成功引起关注,而专辑内的其歌曲《我的天空一直晴朗》原来是恩师Gary曹格为她量身订造!

Featured Wed, 14 Aug 2019
Featured Thu, 6 Oct 2022

[VIDEO] “Lepastu Buat Lagi, Aliff Syukri No. 2!” – Permohonan Maaf Baim Wong & Isteri Dikecam

Fuh, nama Datuk Aliff Syukri terpalit sama. Dah minta maaf lepastu buat lagi? Hmm Apapun semoga Baim dan isteri ambil pengajaran