“Delete The Old Version Of Me, It’s Expired..”- Muat Naik Foto Badan Berisi, Ini Respons Aidil Aziz Pada Fasha Sandha

Pelakon versatile, Fasha Sandha kelihatan mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek memaparkan dirinya dalam keadaan bentuk badan yang sedikit berisi.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya selepas dia menunjukkan transisi badannya kini yang semakin ‘slim’.

“Attention everyone, delete the old version of me. It’s EXPIRED. Thank you,” katanya.

 

Teruja melihat penampilan Fasha kini, rata-rata warganet berpendapat, aktres itu kelihatan tetap menawan walaupun dalam keadaan berat badan yang berisi.

“Apa benda Fasha ni, gemuk lawa kurus pun lawa.

“Bertambah-tambah cantik dia.

“Tapi saya suka tengok Fasha yang dulu comel gebu… Tapi yang sekarang pun cantik.

“Always stunning, sharp and beautiful,” komen netizen.

Tidak habis disitu, suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz turut meninggalkan komen terhadap hantaran yang dibuat isterinya.

Menurut Aidil, Fasha tetap kelihatan cantik dan manis pada pandangan matanya.

Terdahulu, nama Fasha menjadi bualan hangat netizen selepas adegan peluk dan dukung membabitkan aktor Wan Raja tular.

Namun, aktres itu enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut memandangkan ia hanyalah atas tuntutan kerja dan komitmen semata-mata.

Salma Syahbuddin