Demam Panas, Suhu Cecah 40 Darjah Celcius…Wawa Zainal Beransur Pulih

Baru 19 hari berpantang, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan dia mengalami demam panas dan suhu mencecah hingga 40 darjah celcius. 

Walau bagaimanapun, isteri kesayangan kepada pelakon Aeril Zafrel ini mengatakan dia semakin beransur pulih. 

“Alhamdullillah. Saya semakin baik hari ini. 

“Tinggal pening sikit-sikit ja. Malam tadi suhu cecah 40…tak boleh berdiri. Nak pitam. 

“Rasa sejuk sangat-sangat kemudian I pakai bau tebal selimut tebal.

“Aeril sampai je dia paksa I tuam satu badan dengan tuala basah. Pastu duduk dalam aircond. Menggigil satu badan.

“Tapi Alhamdullillah lepas buat macam tu, suhu turun jadi 39, kemudian 38. Dan hari ini Alhamdullillah dah boleh berdiri. Terima kasih yang doakan saya,” kongsi Wawa melalui Instastorynya. 

 

Wawa yang terharu dengan mesej-mesej peribadi yang dihantar kepadanya turut mengucapkan terima kasih atas perhatian, kata-kata positif dan doa dari pengikut-pengikut yang mengambil berat terhadap dirinya. 

Pada 1 Disember lalu, Wawa telah melahirkan anak ketiganya, Aya Soffya hasil perkahwinan dengan Aeril. Mereka juga mempunyai dua orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. 

Baca: Aeril dan Wawa Adakan Majlis Memperkenalkan Jantina Dan Umum Nama Bayi Ketiga

Baca: Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sambut Cahaya Mata Ketiga!

Baca: “Sepatutnya Due Date Ayya Soffya Sama Dengan Awak” – Kongsi Wawa Zainal Sempena Hari Jadi Aeril Zafrel

Baca: Rambut Hitam Lebat, Kulit Putih Gebu…Comelnya Aya Soffya!

Kredit Foto: Instagram @w4w4_zainal

Del14