Demi Forrest Gump Versi Bollywood, Aamir Khan Turun 20 Kilogram

Sebut sahaja Forrest Gump lakonan Tom Hanks pastinya apa yang dapat kita gambarkan adalah kelibat seorang lelaki yang peramah dan baik hati walaupun mengalami sedikit masalah tidak dapat berjalan dengan betul. Bagaimanapun, penceritaan Forrest Gumps yang kini berusia 25 tahun masih dianggap relevan dan masih mempunyai peminatnya tersendiri.

Bakal dilakonkan semula mengikut skrip asalnya, watak Forrest bakal dipegang oleh bintang Bollywood, Aamir Khan yang pastinya akan meninggalkan kesan buat penonton sama seperti watak-watak yang pernah dibawakan oleh beliau sebelum ini menerusi filem Taare Zameen Par (2007), 3 Idiots (2009) dan PK (2014).

Justeru itu, watak yang diberikan memerlukan Aamir Khan menurunkan berat badan sehingga 20kg. Bagaimanapun, pelakon ini bersetuju memegang watak tersebut disebabkan beliau sendiri merupakan peminat naskhah ini.

Wah, nampaknya selepas Mann dan filem lakonan Aamir yang lain begitu memberi kesan, peminat juga sudah pasti tidak sabar untuk melihat idola mereka berlakon dalam cerita ni kan? Sama-samalah kita tunggu okay!

Salma Syahbuddin