Akibat Terlalu Emosi, Aaron Aziz Mohon Maaf…

“Minta maaf kepada semua, saya pun kena tipu’, kata pelakon Arron Aziz yang kecewa ditipu scammer, baru-baru ini.

Pelakon filem Ombak Rindu ini memaklumkan telah memuat naik sekeping gambar kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan dan tidak menyangka gambar itu merupakan salah satu modus operani sindiket penipuan.

“ Selalunya, saya berhati-hati dengan benda-benda seperti ini. Saya ingatkan apa yang dikongsikan itu betul kerana sudah telefon dan periksa Facebook. 

“ Saya sudah padam perkongsian itu,” katanya kecewa.

Menurut Arron, gambar itu diambil dari Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia menerusi laman Facebook.

“ Salah saya juga sebab terlalu sedih selepas lihat gambar itu,” katanya.

Arron juga meminta agar pihak yang sudah membuat sumbangan kepada akaun berkenaan membuat laporan polis secepat mungkin.

Terdahulu, Arron memuat naik perkongsian foto seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menderia kanser darah tahap 3 yang memerlukan bantuan sumbangan derma orang untuk tujuan rawatan.

SGMS Faida