Dengan Sekali Lafaz, Zahirah MacWilson Sah Milik Aiman Hakim Ridza!

Selepas pelakon cantik Emma Maembong selamat bernikah dengan pasangannya, kini giliran pelakon jelita Zahirah MacWilson pula diijabkbulkan bersama pasangannya Aiman Hakim Ridza di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada jam 9.15 malam tadi. 

Pasangan ini juga turut memilih tarikh 20 Februari 2020 sebagai hari mereka disatukan selepas bertunang kira-kira hampir 9 bulan sejak bulan Jun tahun lepas di Perth, Australia.

Majlis pernikahan Zahirah dan Aiman disaksikan oleh 200 tetamu yang hadir termasuklah ahli keluarga dan teman-teman rapat mereka. Zahirah menerima mas kahwin sebanyak Rm 300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin lelaki.

 

Sumber: Instagram CST Production

 

Sumber: Instagram CST Production

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan para peminat apabila mengumumkan perkahwinan pada sidang media yang lalu.

Apa-apa pun, memang nampak sepadan sahaja apabila melihat mereka ni. Tahniah sekali lagi Xtra ucapkan buat kedua-duanya!

Syafiqa Irdina