Categories: Eat Travel

Resipi sos lada hitam menjilat jari untuk chicken chop

Chicken chop adalah antara hidangan Barat yang amat popular dan digemari ramai. Hidangan lazat ayam tanpa tulang yang dipanggang atau digoreng itu tidak lengkap jika tidak disediakan dengan sos lada hitam yang enak.

Tidak dinafikan hidangan berkenaan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja, daripada gerai makan biasa sehinggalah hotel mewah, namunada kalanya ia mungkin tidak menepati cita rasa anda.

Oleh itu, apa kata anda cuba sediakan sendiri sos lada hitam di rumah. Bukan sahaja menjimatkan, malah berbaloi dan sangat puas untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Resipi sos lada hitam yang dikongsi pemilik akaun Facebook, Yatt Sahdan‎ di laman masakan popular, Masak Apa Hari Ni (MAHN) itu sangat mudah untuk disediakan. Pasti anda akan makan licin sehingga menjilat jari!

Yatt menyediakan hidangan chicken chop sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran suaminya. Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Bahan yang diperlukan:

1 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih, dicincang
1 tin sos Prego Keju & Herba
Lada hitam (jumlah mengikut kepada cita rasa dan tahap kepedasan yang diingini)
1 sudu kicap manis sebagai pewarna

Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan mentega.
2. Kemudian, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan sos Prego Keju & Herba.
4. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah sos yang diingini.
5. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.
6. Kemudian, tambahkan secubit garam, secubit serbuk Maggi Cukup Rasa dan gula.
7. Akhir sekali, masukkan satu sudu kicap manis untuk memberi warna pada kuah.

Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Sos lada hitam siap untuk dinikmati seisi keluarga. Hidangan chicken chop lebih meriah disajikan bersama-sama kentang goreng dan coleslaw. Selamat mencuba!

Ad Ops