Categories: Eat Travel

Nak Cuba Hidangan Lazat Bersempena Tahun Baharu? Jom Singgah Warung Eropa Kuala Lumpur!

Kembara jalan-jalan cari makan bersempena tahun baharu harus dimulakan dengan hidangan yang lazat serta membuka selera.

Bagi mereka yang gemar menikmati sesuatu yang authentic, jom singgah untuk merasakan sendiri keenakan hidangan bebek atau itik di Warung Eropa Kuala Lumpur!

Bebek atau itik antara hidangan terkenal di Bali, Indonesia dan pastinya pengunjung pulau pelancongan popular itu tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Warung Eropa di sana bagi menikmati juadah yang disediakan.

Mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi di Seminyak, Bali dan selepas 23 tahun, Warung Eropa membuka cawangan di Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang merindui hidangan bebek di Bali, tak perlu bersusah payah untuk mengumpul perbelanjaan ke Bali demi menikmati sepinggan hidangan lazat terbabit kerana Warung Eropa kini beroperasi di tingkat 2, The Exchange, TRX, Kuala Lumpur, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurut pemilik bersama, Tania Arlene, restoran terbaharu itu dapat melepaskan rasa mengidam mereka yang mahu menikmati hidangan lazat yang disediakan di Warung Eropa.

“Orang ramai yang mengidam tidak perlu bersusah payah ke Bali kerana Warung Eropa KL menyediakan hidangan yang sama. Kami mengekalkan kualiti hidangan daripada cef di Bali.

“Kami berusaha untuk terus memberikan rasa autentik dalam semua jenis hidangan yang disediakan. Malah, kami terbangkan cef dari sana untuk menyediakan hidangan yang rasanya juga sama seperti di sana terutamanya Bebek Goreng.

“Selain itu, Warung Eropa turut menyediakan pelbagai hidangan lazim seperti Rawon Malang, Sayur Asem, Sayur Lodeh Pete dan Empal yang pasti akan membuat pencinta makanan jatuh cinta,” katanya.

Dalam pada itu, Tania dalam perancangan untuk menghadiahkan setiap pelanggan setia dengan anugerah ‘Customer of the Week’ dan ‘Customer of the Month’ yang setia memberi sokongan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka.

“Sejujurnya, kami amat menghargai pelanggan yang datang. Kami percaya dengan manganjurkan pengiktirafan sedemikian, ia akan mampu menarik ramai pelanggan berkunjung ke Warung Eropa.

“Kami ingin menegaskan, biarpun Warung Eropa mempunyai bar koktel, semua hidangan yang terdapat di outlet ini adalah ‘pork-free’. Apa yang penting, rasa hidangan yang kami sajikan kekal sama seperti di Bali,” katanya lagi.

Padin