Categories: SelebritiTrending

“Allah Uji Sikit Saja” – Dah ‘Check Up’ Cuma Alami Sakit Badan, Alif Satar Teruskan Misi ‘Geng Subuh Macam Jumaat’

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar sebelum ini dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraanya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Alif memaklumkan bahawa dia telah membuat pemeriksaan dan tiada kecederaan serius cuma mengalami sakit badan.

“Dah check up dengan doktor di KPJ Tawakal semalam, and all is clear, takda yang patah, masa jatuh kepala sakit & pening… takut juga ada yang serious tapi doctor bagitau takda symptoms concussion… syukur… cuma badan sakit-sakit (semoga buat penghapus dosa),” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cukup Indah ini memaklumkan dia tetap akan meneruskan misi ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ pada 1 Januari depan.

“InsyaAllah dengan cukup rehat, masih boleh jemaah subuh bersama pada 1/1/2024 di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara,” katanya.

Artikel Berkaitan: Wak Doyok Maklum Alif Satar Kemalangan Motosikal, Syukur Tiada Kecederaan Serius – “Alhamdulillah Semua Baik-Baik”

Artikel Berkaitan: ‘Projek Geng Subuh Macam Jumaat’ Tanda Solidariti, Alif Satar Terkejut Impak Sampai Ke Luar Negara!

Atiqah Johari