‘Dengan Sempurna’ Gandingan Mantap MADAM & IMAGI – “Lagu Ini Bawa Mesej Keinsafan Seorang Hamba Yang..”

Bersempena bulan Ramadan yang mulia, label hiburan terkenal tanah air, Rocketfuel Entertainment, buat julung-julung kalinya mempersembahkan gabungan istimewa dua band rock terkemukanya, MADAM dan IMAGI dalam sebuah single berkonsepkan religi berjudul ‘Dengan Sempurna’ hasil ciptaan komposer Amy Bong dan Haneef Al-Ansari.

Idea disebalik kolaborasi mantap ini terhasil melalui idea bernas pihak pengurusan Rocketfuel sendiri yang mahukan kelainan berbanding lagu-lagu berkonsep ketuhanan yang sedia ada, selain menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Menurut Haziq, vokalis IMAGI: “Kami ingin mencuba sesuatu yang baharu di mana dua kumpulan rock bergabung dalam sebuah single rock ala religi yang belum pernah dibuat lagi. 

Dengan Sempurna bukanlah sebuah lagu Raya yang disangkakan, tetapi lebih berkonsepkan ketuhanan atau religi dengan membawa mesej keinsafan seorang hamba yang mengharapkan keampunan dari Tuhannya.

Lagu ‘Dengan Sempurna’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Aqilah Paharuzi