DFKL 2019! Kenapa Korang Patut Layan Telemovie Resort Berhantu

Telemovie Resort Berhantu yang disiarkan pada 2 Mac di TV3 merupakan antara telemovie menarik yang disiarkan sepanjang DFKL 2019. Cerekarama ini telah dibintangi oleh Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman dan ramai lagi serta diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd.

Kenapa korang patut tonton telemovie ini? Kerana telemovie ini sebenarnya tidak langsung menyeramkan sebaliknya penuh dengan mesej positif dan pengajaran yang boleh diambil.

Sedikit sinopsis cerekarama ini mengisahkan pertemuan semula 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Pertemuan ini sebenarnya telah dirancang oleh Rosalinda (Ain Edruce) dan Amira berikutan kisah lalu Rosalinda yang sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Rosalinda dan Amira telah menjemput Kay, Syam dan Suzi yang pernah membuli dirinya suatu ketika dahulu. Mereka akhirnya menemui sebuah resort terpencil untuk mengadakan sesi reunion. Apabila tibanya majlis reunion, kesemua rakan-rakannya hadir, perangai suka membuli mereka  sebenarnya masih tidak berubah.

Mereka berempat bersepakat untuk membuli Rosalinda buat kali terakhir namun rancangan mereka mula bertukar apabila melihat mayat Rosalinda terapung di dalam kolam. Mereka mula ketakutan kerana dihantui oleh jelmaan hantu Rosalinda.

Siapakah mayat yang ditemui? Benarkah itu sebenarnya mayat Rosalinda? Ataupun ini merupakan “balas dendam” daripada Rosalinda? Sama-sama kita saksikan telemovie menarik ini!

                       

Ad Ops