DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Susulan kenyataan produser terkenal Datuk A Aida yang menyatakan pandangannya mengenai calon tiada rupa usah buang masa hadirkan diri ke uji bakat, ramai netizen yang tidak berpuas hati.

Lain pula bagi pengarah drama Nur 2 Shahrulezad Mohameddin yang melihat kenyataan itu dari sudut berbeza.

“ Suka atau tidak sememangnya apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya. Sedih? Ya memang sedih. DFKL bukan mencari bakat semata tapi mencari PAKEJ!

“ Bayangkan kalau abam letak Siti Kassim (of coz Siti is beautiful in her own way) sebagai heroin drama abam Nur abam sebagai bintang utama, adakah korang sanggup setia menontonnya sehingga episod ke 15? Sila jawab dengan jujur,” soalnya di Instagram.

Dalam pada itu, beliau juga memberi pandangan sekiranya A.Aida tidak terlalu berterus terang dalam hal ini ataupun lebuh ‘berlapik’, mungkin isu ini tidak begitu panas seperti sekarang.

“ Persaingan antara stesyen TV merebut perhatian penonton juga antara punca kepada TV terpaksa bertindak sekejam itu.

“ Kalau mereka memilih drama sekalipun dorang akan pilih siapa pemainnya dulu terutama muka baru kemudian baru bakat,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut berpesan agar calon yang hadir ke uji bakat DFKL tahu kemampuan bakat mereka sehebat pelakon Azhan Rani, Norkhiriah, Amerul Affendy dan Sherry Alhadad.

SGMS Faida