Categories: Oh Lawa

Klip rambut Scha Alyahya jadi trend satu dunia.

Menggayakan persalinan jenama mewah Fendi, diperhebatkan dengan penggayaan beg silang kulit Baguette rona ‘pale blue’ juga daripada jenama sama, penampilan Scha Alyahya pada pertunjukkan fesyen Fendi di Milan, Itali, baru-baru ini, cukup menawan!

Penampilan sebeginilah yang sering diungkap sebagai less is more.

Seperkara yang menarik, rambut paras bahunya dibiarkan lepas, namun dirias dengan klip rambut tiga serangkai rona putih sedondon warna baju yang digayakan, mencetus gaya ikutan ramai.

 

Seiring dengan statusnya sebagai ikon fesyen,  gaya klip rambut ibu kepada kanak-kanak comel dan pintar, Lara Alana ini, pada anda yang masih tidak tahu merupakan trend aksesori rambut yang diramal sejak tahun lalu akan menjadi stail popular pada tahun ini.

Blackpink yang pernah menyarung pin baju sebagai aksesori rambut di acara persembahan pentas mereka, terus mencipta pernyataan fesyen (fashion statement) apabila trend klip rambut ini digayakan salah seorang anggota kumpulan itu, Jennie setiap kali membuat persembahan pentas lagu solonya.

 

Bukan itu sahaja, trend aksesori pin rambut ini sebenarnya sudah melanda seluruh Hollywood. Walaupun ia bukan sesuatu yang baharu di sana kerana Zadiq & Voltaire sudah menggayakannya di pentas musim luruh 2018, Rihanna menggayakannya pada 2015, Selena Gomez ketika keluar makan malam bersama teman, dan hari ini kita melihat trend ini kembali lagi. 

Foto: E!

Penata gaya rambut, Justine Marjan, antara yang gemar menggunakan klip rambut sebagai aksesori pada rambut yang digayanya. Dia turut berkolaborasi bersama jenama aksesori rambut, Kitsch, dan mencipta pelbagai aksesori rambut menarik.

Di Malaysia juga sudah ramai artis mula menggayakan trend ini antarany Kaka Azraff ketika kemunculannya di  karpet merah Anugerah Juara Lagu yang lalu.

 

 

Sumber: STAIL.MY

 

Yanie Baharom