“Dia Sampai Tak Lalu Makan” – Syifa Melvin Kongsi Reaksi Safawi Rasid Ketika Umum Mengandung

Pempengaruh, Syifa Melvin mendedahkan reaksi suami tercintanya, pemain bola sepak Safawai Rasid ketika mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Syifa berkata Safawi atau lebih mesra disapa Pawi tidak lalu makan selepas mengetahui isterinya mengandung.

“Pawi (Safawi) la memang dia tak sangka. Saya pun tak sangka sebenarnya tapi sebab naluri tu rasa macam mengandung.

“Sebelum bagi tahu dia tu kami pergi bungkus makanan, Pawi lapaq. Beli tomyam, ikan siakap punya besaq. Hidang siap dah.

“Dia tahu bini dia mengandung, dia terus tak lapaq ya, makanan tak habis buang begitu je,” katanya.

Susulan itu, Syifa yang kini hamil enam bulan berkata air matanya gugur ketika melihat heartbeat anaknya.

“Doktor tak bagi dengar heartbeat anak lagi sebab macam masih awal lagi takut effect apa tah dekat jantung.. tapi ayaq mata runtuh nampak heartbeat,” jelasnya.

Sekadar info, Syifa dan Safawi berkahwin pada 28 November 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya Baby Bump! Syifa Melvin Kongsi Foto Berbadan Dua -“Eid Adha Dari Kami Dua Setengah…”

Kredit: Selebriti Malaysia

Aqilah Paharuzi