“Semua Ini Indah Bila Kita Tak Sakit & Busuk Hati” – Cat Farish Hitung Detik Bahagia Mulakan Hidup Baru Bersama Shikin Maembong

Umum mengetahui penyanyi dan pelakon Cat Farish akan menamatkan zaman dudanya apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama Shikin Maembong pada 14 Julai ini.

Ternyata berita gembira tersebut memberi keterujaan kepada pasangan ini, apabila turut mengumumkan akan mengadakan tiga majlis pada hari bahagia mereka kelak.

Terbaharu, Cat sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah hantaran di media sosial miliknya yang memaparkan foto dia bersama bakal keluarga kecilnya.

Dengan mengenakan pakaian serba putih dan coklat cerah, bakal raja sehari itu seolah-olah merakam gambar pra-perkahwinan bersama.

“Semua ini indah bila dikirimkan doa. Semua ini terjadi bila doa ibu dimakbulkan.

“Semua ini indah bila kita saling mengingati. Semua ini indah bila kita tak sakit hati dan busuk hati.

“Insya-Allah kami akan bina hidup baru aamin,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, Cat telah bercerai dengan isterinya menerusi perkahwinan kedua bersama Suriani Hassan dengan talak satu.

Sebelum itu, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016 dan memiliki tiga anak bersama iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 serta Qul Iskandar, 12.

Manakala, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz yang juga merupakan anak kepada Chef Wan pada Disember 2014.

Walaubagaimanapun, mereka telah berpisah pada Jun 2016 dan dikurniakan seorang puteri tunggal iaitu Putri Arianna Natasya, 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Adakan 3 Majlis Berbeza, Cat Farish & Shikin Maembong Nikah 14 Julai Ini

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Buat Trend Wes Anderson, Cat Farish Bagi Hint Bakal Bernikah Dengan Shikin Maembong Dalam Masa Terdekat?

Khairil Khusyairi