“Dia Suruh Saya Jaga Bila Dia Dah Tiada” – Anak Dedah Arwah Pian Cecupak Bangunkan Pusat Tahfiz

Pemergian Allahyarham Pian Cecupak pada Khamis ternyata mengejutkan ramai pihak. Walaupun namanya tidak lah se-gah pelawak-pelawak yang lain namun, pemergian beliau ternyata dicemburui ramai.

Menerusi perkongsian anak Allahyarham, Nuraina Fazrin, 25, beliau memaklumkan bahawa bapanya seringkali mengingatkan beliau mengenai pusat tahfiz yang dibangunkannya.

“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya. Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.

“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya.

Meninggal dalam keadaan menghadap kiblat

Terbaharu, adik Allahyarham, Hassenah turut berkongsi cerita disebalik pemergian abangnya itu yang disifatkan ‘pergi’ dalam keadaan yang sangat bersih.

Memetik laporan Gempak, Hassenah berkongsi Allahyarham Pian meninggal dalam keadaan terduduk dan menghadap kiblat, tangan dia berqiam, kaki dia menjulur dan kulit dia lembut.

“Keadaan allahyarham sangat cantik. Dia terbaring, tangan dia dah siap berqiam, kaki dia dah julur jandi benda tu orang kata takdelah terkilan. 

“Dia pergi dalam keadaan yang bersih, memang bersih sangat,” jelasnya.

Terdahulu, Pian menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8 malam akibat serangan jantung di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN : Pian Cecupak Meninggal Dunia

Salma Syahbuddin