“Ya! Cincin Itu Pemberian Dia…” – Didakwa Kahwin Dalam Masa Terdekat, Kilafairy Akui Jalin Hubungan Serius

Pelakon Kilafairy memaklumkan tidak pernah memberi ‘hint’ untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, hubungan yang terjalin bersama kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman memang pada tahap serius namun isu untuk melangkah ke fasa seterusnya masih belum diwar-warkan secara terbuka.

“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa statement tentang memberi hint dan sebagainya.

“Yes, we still in a relationship. If jadi, insyaAllah semua orang akan tahu. If melangkah ke fasa seterusnya itu bergantung kepada ketentuan Allah,” katanya.

Tambahnya, cincin yang dipakai dijari manisnya itu adalah pemberian kekasihnya namun ia sekadar suka-suka sahaja.

“Kilafairy tidak terdesak untuk….”

Ketika ditanya mengenai kemunculan pelakon-pelakon baharu dalam industri hiburan, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir, 29, mengakui tidak ada masalah dengan kemunculan pendatang baru (BBNU) ini.

Selain itu, Kila yang lebih bersikap selektif terhadap watak yang dibawakannya bersyukur apabila pengarah dan pihak produksi memahami batas dirinya yang kini mengenakan hijab.

“Saya tidak ada masalah dengan pendatang baru (BBNU) so, Kila tak terdesak pun nak nama naik cepat or else.

“Ya, saya mula bersikap selektif untuk terima tawaran lakonan sejak mula bertudung kerana, biarlah watak yang dibawa itu bersesuaian dengan imejnya.

“Malah, saya bersyukur apabila pihak produksi dan pengarah begitu memahami sehingga sanggup mengubah beberapa scene yang dalam drama ini mengikut kesesuaian dan batas saya,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media secara virtual menerusi drama Tumpang Lalu Bang.

Selain Kilafairy, drama rantaian Tumpang lalu Bang turut menampilkan Tomok, Black Hanifah, Aidil Aziz, Ziana Zain dan ramai lagi yang akan mula bersiaran pada 2 Februari 2022 menerusi slot Diandra, di TV9.

 

Salma Syahbuddin