Categories: HiburanSelebriti

Sukar Bernafas…Diana Danielle Kongsi Rasa Cemas

“Saya fikir saya boleh melawannya,” kata pelakon Datin Diana Danielle berkongsi pengalaman diserang ‘anxiety attack’ yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.

Tulis pelakon drama Raisha 2 di Instagram, dia mula mengesan diserang penyakit itu sejak dua minggu lalu apabila simptom penyakit mula kelihatan.

“Saya berpeluh, insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan. Saya kemudian mula mengalami asma dan sukar bernafas.

“Dada terasa ketat dengan pernafasan sangat minumum. Jadi sekarang saya sedang berlawan untuk bernafas dengan mudah,” katanya.

Akui Diana, niatnya berkongsi pengalaman ini adalah untuk membantu sesiapa saja yang mengalami nasib yang sama dengannya.

“Bayangkan ia mengambil separuh nafas anda selama tiga hari,” katanya pada posting tersebut.

Rata-rata warganet meninggalkan komen kata semangat kepada Diana dan berharap ibu kepada dua anak itu kembali sihat.

Tidak kurang juga yang tampil memberi nasihat serta panduan untuk menangani masalah berkenaan.

SGMS Fas