Pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Memetik laporan Utusan Malaysia, permohonan cerai itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi ini.

Bagaimanapun, suaminya yang juga pelakon popular, Farid Kamil enggan melafazkan cerai tersebut selain pasangan ini dilaporkan sudah tidak tinggal serumah.

Justeru,  Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan aktres dan aktor berkenaan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Dan, permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan kes pada 28 Mac ini.

Terdahulu, Farid pernah membuat hantaran di Instagram  Storynya, meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang melakukan poligami dan memukul wanita sekaligus mendedahkan isterinya sehingga kini masih trauma selepas dipukul oleh bekas kekasihnya pada tahun 2005.

“Mula-mula kes poligami kau. Lepastu pukul perempuan pulak… Kau ni memang menyusahkan lelaki la mat.. Kau convert jadi binatang je la, senang mat Sol,” tulisnya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Salma Syahbuddin