Fatin Afeefa Bengang Adam Shahz Tak Muncul Di Mahkamah? – “Drive Awal Pagi Hanya Untuk…”

Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa berang terhadap bekas suaminya, Adam Shahz kerana tidak hadir ke perbicaraan berhubung kes hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatin memuat naik foto berada di perkarangan mahkamah dengan memakai busana jubah berwarna hitam.

Berdasarkan kapsyen, Fatin berkata dia seharusnya menguruskan anak-anak untuk kembali ke sekolah, namun terpaksa melepaskan peluang tersebut atas urusan mahkamah tersebut.

“Today, saya sepatutnya settlekan urusan anak untuk masuk sekolah semula pada hari ini.

“Sepatutnya. But here I am. I woke up early in the morning, drove all the way here only to find out orangnya no show. Alasan? Tak tahu,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap bekas suaminya itu kerana tidak menepati tuntutan mahkamah.

Ramai dalam kalangan mereka mempersoalkan tindakan Adam yang meminta ibu anak dua itu untuk tidak melupakan tarikh perbicaraan mereka.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Fatin telah menghalang Adam untuk berjumpa anak perempuan mereka, Ivy lebih lima bulan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Adam ada berkongsi video di Instagram dan TikTok memaparkan momen manis bersama anaknya, Ivy.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Jangan Pisahkan Kasih Antara Ayah & Anak” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Adam Shahz Kongsi Momen Manis Bersama Puteri Sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Awang Mengaku Lebih Gemar Bermain ‘Forex’, Fatin Afeefa Label Suami ‘Red Flag’?

Aqilah Paharuzi