Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Pempengaruh media sosial yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian selepas video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Rabu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ubai dan Shila kelihatan berkunjung ke sebuah kedai motosikal yang terletak di kawasan Taman Medan untuk membeli kenderaan terbabit bagi memudahkan aktiviti hariannya termasuklah menunaikan solat Jumaat.

“Hi, assalamualaikum… tadi saya solat Jumaat, saya cakaplah kalau ada moto kan best boleh solat Jumaat, lepastu orang belakang (Shila Amzah) terus cakap ‘cari moto’,” katanya.

Melihat kepada perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa kurang senang sehingga ada yang mendakwa motosikal itu dibeli menggunakan duit isterinya.

“Bini tolong beli moto ke?

“Untung bini kaya.

“Jangan cakap dia ‘pau’ bini dia,” komen netizen.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan yang diberikan, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tampil membalas kenyataan itu menerusi ruangan balas berkenaan.

“Saya beli moto ni guna duit sendiri. Harap maklum,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Shila Amzah juga tampil memberikan kenyataan balas menerusi hantaran berkenaan selepas warganet menuduh suaminya itu menggunakan duitnya untuk membeli kenderaan terbabit.

“The thing is ‘Benda’ dia, duit Ubai.. kenapa people thought it was my money ?

“Oh Lupa, duit suami memang duit isteri. Kalau itu maksud kalian, Sha terima dengan hati dan tangan yang terbuka,” balasnya.

Dalam pada itu, terdapat segelintir pengikut Ubai di laman sosial berkenaan tampil mempertahankannya apabila menjelaskan Ubai sebenarnya mampu memiliki motorsikal jenama Hondo Vario 160 Limited Edition itu dek kerana mempunyai ‘income’ tersendiri.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 60,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin