Categories: SelebritiTrending

“Jangan Buat-Buat Lupa Ya!” – Lantang Tuntut Hutang, Hidayah Dedah Ali Puteh Belum Bayar RM76,167.28

Balu kepada Allahyarham Abam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali mendedahkan bahawa adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh belum membayar hutangnya.

Menerusi hantaran Hidayah, dia memuat naik keratan artikel yang menyatakan perniagaan Ali Puteh mendapat sambutan baik namun kesal dia masih tidak membayar hutangnya yang berjumlah RM76,167.28.

“Bagus la tapi duit saya MENANG SAMAN dari 18/2/2022 sampai ke hari ni 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya dah bulan 8 ni masih awak tak bayar lagi DUIT SAYA sampai sekarang ye

“Jangan DIAM SAHAJA dan jangan lupa BAYAR awak masih BERHUTANG dengan saya RM76,167.28 sehingga KINI,” tulisnya.

Malah, Hidayah juga mendedahkan bahawa kakak Ali turut berhutang dengannya sebanyak RM2,000 susulan kalah saman tempoh hari dan masih belum dilangsaikan sehingga kini.

“Kakak awak MASIH BERHUTANG dengan saya RM2,000 SEBAB KALAH SAMAN belum bayar dari 2022 sehingga kini 2023 berdiam sahaja sehingga la 2023 SUDAH.

“Sekarangkan VIRAL tentang orang BERHUTANG KAN SO HUTANG WAJIB KENA BAYAR,” kata Hidayah.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar denda berjumlah RM60,000 akibat memfitnah Hidayah di Instagram pada tahun 2021.

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjenayah Tapi…” – Ali Puteh Pelik Kerjaya Terganggu Akibat Isu Hidayah, Janji Langsai RM60,000 Sebelum Raya

Artikel Berkaitan: “Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

Artikel Berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Atiqah Johari