Didakwa Bercinta Dengan Dalia Farhana, Ini Respons Irfan Haris – “Kalau Allah Beri Jodoh, Kita Terima…”

Penyanyi Irfan Haris menafikan dakwaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan rakan duetnya iaitu Dalia Farhana.

Memetik laporan Harian Metro, dia mengakui selesa berkawan dengan Dalia namun hanya sekadar kawan dan tidak ada timbul rasa cinta.

“Saya memang selesa berkawan dengan Dalia tapi selesa sebagai kawan sahaja. Saya dengan dia tak ada apa-apa.

“Cuma, Dalia merupakan kawan yang sangat supportive. Contohlah, kalau ada apa-apa, dia akan beri sokongan kepada saya dan begitu juga dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Irfan juga tidak menolak jika diberikan jodoh dalam masa terdekat ini.

“Bila tanya sedia atau tidak nak bercinta tu, saya tak boleh nak kata apa. Sebab kawan-kawan saya macam Aiman Tino dan Tajul pun dah berkahwin.

“Jadi, kalaulah Allah berikan saya jodoh, kita terima. Namun tidaklah saya bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

“Cuma tidak menolak mana-mana kemungkinan kerana tidak dapat menduga apa yang bakal mendatang,” ujarnya.

Bernaung di bawah label baru iaitu EMI Music Malaysia, Irfan tampil dengan single berjudul Tak Pantas Untukmu yang ditulis lirik oleh penyanyi Iman Troye dan Amin Firdaus.

Maya Basir