Mas Khan Berhabis Duit Berpuluh Ribu Buat Rumah Terbuka, Rancang Kahwin Tahun Ini Tak Jadi?

Pelakon Mas Khan mendedahkan perancangannya untuk berkahwin pada tahun ini tidak kesampaian.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menjawab persoalan individu yang bertanyakan tentang kos untuk rumah terbuka yang dikatakan sangat cantik.

Menurutnya, wang yang sepatutnya digunakan untuk perkahwinan itu dibelanjakan bagi menjamu orang ramai di rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Malah, konsep bertemakan taman untuk majlis nikah itu masih diteruskan bagi majlis rumah terbuka tersebut.

“Syukur Alhamdulillah memang ramai yang suka dengan setup open house saya tahun ni. Ada yang cakap kena Mas Khan bazir duit sampai berpuluh ribu, hmm… alright let me share. Tahun 2023 adalah tahun perkahwinan saya pada awalnya.

“Memang dah plan nak buat nikah style garden macam ni tapi nak buat macam mana kita hanya mampu plan tapi Allah yang menentukan orang kata takda jodoh.

“Dah alang-alang tak jadi kahwin apa salahnya spent dekat open house. And i think ramai juga yang tahu Mas Khan memang sejenis nak everything looks perfect boleh dikatakan ‘ocd’ atau jiwa ‘gegirl’,” ujarnya.

Terdahulu, Mas Khan telah melamar ibu tunggal kepada tiga orang anak pada 18 November 2021 namun putus kerana tidak berjodohan.

Maya Basir