Didakwa Cium Mulut Dengan Pelakon Lelaki, Baby Shima Beri Penjelasan – “Nak Saman Boleh Je”

Penyanyi Baby Shima menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia bercium bersama Azrel Ismail dalam filem terbaharu lakonannya iaitu filem Biko.

Menerusi hantaran di Instagram, Shima memuat naik tangkap layar yang menunjukkan mesej yang diterimanya dari netizen dengan mempersoalkan adakah dia bercium mulut bersama Azrel.

Tampil menjelaskan isu tersebut, pelantun lagu Lalai itu berkata segala bukti semuanya terdapat dalam filem itu.

“Shima tak tau dah nak cakap apa lagi ramai orang DM Shima cakap fasal ni.

“Bukti ada je kat dalam filem tu!!! Kat pawagam besar lagi screen korang boleh tengok lebih jelas,” katanya.

Memegang watak Sara dalam filem Biko, Shima berkata dia tidak kisah sekiranya mahu menyaman individu yang memfitnahnya atas isu cium tersebut.

“Kalau tu pun tak nampak, memang korang saja je nak kena kan Shima kan!!

“Nak saman boleh je,” tulis Shima di ruangan kapsyen.

Filem Biko adalah filem drama romantik yang memaparkan kisah kekeluargaan lakonan Azrel Ismail, Baby Shima, Sara Ali, Josiah Hogan dan Syed Irfan.

Filem Biko arahan Teng Bee ini telah mula ditayangkan pada 13  Oktober 2022 di pawagam seluruh negara.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mempertahankan Shima dengan mengatakan sesetengah netizen bersifat dengki malah ada juga yang menyokong tindakan Shima untuk menyaman individu yang memuat naik klip video tersebut.

Sumber: Instagram babyshimaofficial

Khairil Khusyairi