Didakwa Curi Budaya Indonesia, Nabila Huda Terima Ugutan Anak Akan Diculik

Pelakon versatil, Nabila Huda berkongsi tangkapan skrin komen seorang individu dipercayai warga Indonesia yang meluahkan rasa berang terhadapnya.

Menerusi tangkapan skrin tersebut, individu menggunakan akaun media sosial sebagai @Bim_16 itu menuduh Nabila atau lebih mesra disapa Abil mencuri budaya Indonesia.

“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thief of the INDONESIAN CULTURE,” tulisnya.

Dalam hantaran sama juga, individu berkenaan turut mengugut mahu menculik puteri tunggal Abil iaitu Keisha Laila sekiranya dia masih menuntut budaya Indonesia itu

“I’m going to kidnap your daughter if you still claim the Indonesian culture @abilsuhaimi,” tambahnya.

Bagaimanapun, aktres filem Rahsia ini tidak cepat melenting dan hanya meminta pengikutnya untuk membalas komen individu berkenaan.

“Boleh sesiapa tolong reply kan,” tulis Abil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan dan tampil mempertahankan Abil.

Aqilah Paharuzi