[VIDEO] Demi Aina Abdul, Che Ta Sanggup Tidur Dalam Kereta? – “Dari Kelantan Datang KL Demi Aina!”

Sambutan hangat terhadap konsert penyanyi versatile, Aina Abdul yang berlangsung pada Sabtu masih hangat diperkatakan termasuklah penampilan penonton dengan busana persis penyanyi popular itu dan juga barisan rakan artis yang hadir termasuklah pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi momen sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Menurutnya, walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran di Kelantan, namun itu tidak menjadi penghalang untuknya hadir dan menyaksikan sendiri persembahan Aina walaupun terpaksa tidur di dalam kereta.

“Boleh lah lena dah tidur malam ni. Walaupun tidur dalam kereta.

“Kami datang Kuala Lumpur dari Kelantan semata-mata konsert Aina Abdul. Sekarang dah gerak Terengganu sambung shooting,” katanya.

Selain Che Ta, antaran barisan rakan artis yang hadir adalah Ziana Zain, Ajai, Datuk AC Mizal serta pasangan suami isteri Khai dan Rosma.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen berkenaan, rata-rata netizen memuji kesungguhan Che Ta sekaligus mengucapkan terima kasih kerana hadir dan menyokong pelantun lagu Semalam itu.

 

Salma Syahbuddin