“Syukur Seolah-Olah Diberi Peluang Kedua” – Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan keadaan terkini dirinya selepas menjalani rawatan akibat masalah sesak nafas di sebuah pusat perubatan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata dia telah menjalani rawatan pemeriksaan selama 10 hari.

Malah Nora turut meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila sudah kembali sembuh dan menyifatkan ia sebagai peluang kedua dalam hidupnya.

“Assalamualaikum kepada semua yang dikasihi. 17 November 2023, genap 10 hari saya berada di hospital, 3 hari ICU.

“Alhamdulillah kini sudahpun kembali berehat ke rumah. Syukur seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu.

“Terima kasih buat suami & anak-anak tersayang kerana susah payah menjaga & sudi bergilir-gilir jaga mama,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pelantun lagu Di Persimpangan Delima itu dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sesak nafas.

ARTIKEL BERKAITAN:  Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Khairil Khusyairi