Didakwa Hangat Bercinta, Noki K-Clique Perjelas Status Hubungan Dengan Ezzanie Jasny

Susulan perkongsian video mesra yang dimuat naik menerusi TikTok milik pelakon Ezzanie Jasny baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Noki K-Klique tampil menjelaskan mengenai status sebenar hubungan mereka.

Menurut pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji, 30, dia dan Ezzanie hanyalah sekadar berkawan rapat dan bukanlah bercinta seperti yang didakwa segelintir netizen.

Katanya, kemesraan yang ditunjukkan dalam video tersebut hanyalah sekadar dia selesa dengan aktres itu.

“Saya malas nak ulas lanjut mengenai perkara ini. Benar video tersebut adalah video terbaru kami.

“Tetapi kami hanya berkawan dan saya tidak pernah memaklumkan saya dan Ezzanie sedang bercinta,” katanya.

Sebelum ini, video tular berdurasi 8 saat  yang dikongsikan di platform TikTok itu memperlihatkan Noki dan Ezzanie kelihatan menghabiskan masa bersama sambil merakamkan foto mesra mereka untuk tatapan peminat.

Justeru, ramai dalam kalangan warganet mendakwa pasangan ini sedang hangat bercinta.

“Happy for you both. my favourite person.

“Yeay! Noki dah ada girlfriend.

“Sesuainya….muka ada iras-iras.

“Okay yang ni saya approved. Cepat kahwin please.

“Jom balik, Noki dah taken,” komen netizen.

 

Sumber: TikTok, mStar

Salma Syahbuddin