Categories: HiburanSelebriti

“Kami Kawan Je” – Jawab Gosip Dengan Noki K-Clique, Ezzanie Jasny Nak Fokus Kerjaya

Aktres jelita meningkat naik, Ezzanie Jasny menjawab gosip yang mendakwa dia sedang menjalin hubungan dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki.

Menurut Ezzanie, mereka hanya sekadar kawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

“Jawapan saya sama seperti Noki, kami hanya sekadar kawan. Sebenarnya, kami pun baru sahaja berkenalan, jadi kami memang hanya berhubung sebagai rakan.

“Terlalu awal untuk saya cakap apa-apa, kami sendiri tak pernah cakap kami dalam hubungan cinta. Kami selesa berkawan dan berharap tiada salah faham,” katanya.

Sebelum ini, tular sepotong video berdurasi lapan saat yang dikongsikan di platform TikTok yang memaparkan Noki dan Ezzanie menghabiskan masa sambil merakamkan foto mesra untuk tatapan peminat.

Video itu mencetuskan spekulasi dan ramai mendakwa mereka kini sedang menjalin hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mesra Bersama Ezzanie Jasny Heroin ILYS, Noki K-Clique Dah Ada Kekasih? Ramai Patah Hati!

Tambah Ezzanie, dia lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

“Saya sangat bersyukur kerana kemunculan saya sebagai pelakon kian mendapat perhatian. Jadi, buat masa ini, saya selesa untuk menumpukan fokus terhadap kerjaya.

“Kemunculan saya dalam I Love You Stupid yang bersiaran di TV3 baru-baru ini mendapat respons memuaskan. Masih banyak yang perlu saya tambah baik dan saya sendiri mahu belajar menjadi aktres yang mampu membawa watak dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezzanie kini sedang membintangi drama bersiri Layang Layang Perkahwinan yang menggandingkan dirinya bersama Shukri Yahaya.

Maya Basir