“Hati Ni Masih Sakit Lagi Ye, Dah Banyak Bagi Muka Pun Masih Perangai ***”- Gara-Gara Lari Dari Rumah, Elvina Mohamad Dedah Perangai Sebenar Pembantu Rumah

Susulan kes pembantu rumahnya yang dilaporakn lari meninggalkan anaknya yang berusia 9 bulan berseorangan di rumah sebelum hilang tanpa kesan, pelakon Datin Elvina Mohamad tampil mendedahkan perangai sebenar wanita berusia 39 tahun itu.

Katanya, semasa kejadian berlaku, dia dalam perjalanan menuju ke sebuah acara, namun selepas mendapat panggilan telefon mengenai kejadian tersebut, dia terpaksa bergegas  pulang ke rumah dan mendapati anaknya, Maleeq sedang tidur di atas sofa bersendirian.

Terkejut dengan tindakan tidak bertanggung jawab pembantu rumahnya, aktres yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu meluahkan rasa berang dan sakit hatinya menerusi perkongsian di Instastory miliknya sebentar tadi.

“I was on my way to the event masa maid tu lari semalam.

“When i got the call I terus patah balik rumah because I was told that the maid had run away and my son was left alone sleepin on the sofa.

“Can’t imagine what if Maleeq terjaga and crawled down and fell off dari sofa. Allahuakbar!

“Hati ini masih sakit sampai sekarang ya! Lagi-lagi bila dapat tahu phone anak dan duit pun dia rembat juga,” katanya.

 

Sementara itu, dalam hantaran sama, Elvina juga turut berkongsi foto pembantu rumahnya beserta kiriman mesej terus yang diterimanya mengenai wanita berkenaan.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa pembantu rumahnya itu merupakan seorang yang pemalas.

“Memang pemalas! Kerja bila tegur baru nak buat, bila tak tegur tak buat.

“Itu pun bila tegur elok-elok dia buat macam nak tak nak je. Nak tunggu sampai kena marah barulah nak buat betul-betul. Dah banyak bagi muka pun masih perangai ***,” ulasnya.

Terdahulu, Elvina berasa terkilan apabila segala kebaikan yang dilakukan terhadap pembantu rumahnya itu dibalas dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN:Elvina Mohamad Luah Rasa Bengang, Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Bayi 9 Bulan… Siap Curi Duit & iPhone Anak

Salma Syahbuddin