Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo.

Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun tidak berdiam diri dan memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap pelaku yang menyebarkan fitnah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Raba Atta Halilintar Cetus Tanda Tanya, Netizen Dakwa Rizky Billar Gay?

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Memetik laporan DH Entertainment, peguam Rizky, Indra Tarigan memaklumkan, anak guamnya itu sendiri datang dan berjumpanya sambil menunjukkan bukti laporan palsu yang dibuat oleh individu terbabit yang dikenali sebagai, Satria Mulia.

“Malam tadi Rizky sudah kirim bukti-bukti semua. Kami sudah berhubung dan dia akan segera mengambil tindakan terhadap semua yang dipercayai membuat fitnah itu.

“Ada tiga nama yang diberi. Dia tidak tahu siapa dan kenapa individu itu menyebarkan fitnah berkenaan.

“Apa yang dilakukan sudah melampaui batas, kenapa mereka bertindak seperti itu? Terlalu berani mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

“Contoh dia keluar kenyataan kenal Rizky sudah lama padahal tipu sama sekali,” katanya.

Sebelum ini, selepas isu rumah tangganya menjadi perbualan hangat netizen dimedia sosial, timbul pula beberapa foto Rizky yang kononnya dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan dan pernah menjalinkan hubungan songsang dengan seorang transgender.

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Kes Lesti Kejora & Rizky Billar, Kini Baim Wong & Isteri Pula Disiasat Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Video Ramalan Rizky Billar Curang Tular, Netizen Mohon Lesti Kejora Terus Kuat

Salma Syahbuddin