“Awaklah Hidup & Mati Saya” – Sakan Bercuti di Indonesia, Nabila Huda Titip Mesej ‘Sweet’ Buat Suami Tercinta

Kerap berkongsi foto percutian di Indonesia, pelakon dan pengacara Nabila Huda titip mesej sweet buat suaminya, Mohd Izwan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik video bersama suaminya yang sedang duduk di atas kerusi roda di Gamplong Studio, Alam Sleman, Yogyakarta.

“Tak kisah lah, Rangga ,atau sesiapa..Awak lah hidup dan mati saya Mohd Izwan..Sampai mereput menjadi debu,cinta dan sayang saya pada awak takkan pernah hilang..

“Walaupun atas wheelchair pun saya akan jaga awak! Sampai awak tua saya akan sentiasa ada untuk awak..Cewah! Haha,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu.

“Aduh scene ni patut mcm kena sedih2 touching, kenapa i gelak niiii. Eeeeee.

“I actually waited till the very end to see u all ketawa besar. Maintain je!!!

Beratt nya watak bert. Keisha tak sakit perut ke gelak.

“Kami nak version behind the scene mesti pecahhh perot gelak. Korang mana pernah seriusss,” komen peminatnya.

Fatin Nurain