Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

Pelakon popular, Meerqeen mencuri perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek di Instagram Story (IGS) miliknya sambil memperlihatkan kelibat adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan.

Menerusi video tersebut, Meerqeen dan Ameera kelihatan berjalan bersama-sama di sebuah pusat membeli belah yang terdapat di negara itu.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, Ameera yang sedang menjamah Makaron kelihatan mengambil alih dan memegang telefon bimbit milik Meerqeen sambil merakamkan aksi mereka berdua.

Dalam pada itu, video tersebut juga turut dikongsikan oleh peminat Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK)  menerusi platform TikTok.

Perkongsian video berdurasi 11 saat itu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan kedua-dua selebriti ini tampak sepadan apabila bersama.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa, mereka tidak sekufu memandangkan Ameera lahir dalam keluarga berada.

“Sepadan! Tapi kalau nak dengan LMK poket Meerqeen kena tebal.

“Tak mampu dia kalau dengan Ameera ni. High maintanance.

“Pandai Meerqeen pilih yang hidung mancung je.

“Dating ke? Ameera pakai phone Meerqeen? OMG! Sepadan.

“LMK ni dengan sesiapa pun dia sesuai. Cantik, baik. Memang sesuai sangatlah kalau mereka dating,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 24,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

Terdahulu, pasangan ini mula mencuri perhatian apabila kedua-duanya sempat merakamkan foto bersama-sama ketika menghadiri  sebuah acara anjuran produk jenama antarabangsa terkenal, Christian Dior.

Salma Syahbuddin