Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin September 29, 2023 @ 3:30pm

Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

Pelakon popular, Meerqeen mencuri perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek di Instagram Story (IGS) miliknya sambil memperlihatkan kelibat adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan.

Menerusi video tersebut, Meerqeen dan Ameera kelihatan berjalan bersama-sama di sebuah pusat membeli belah yang terdapat di negara itu.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, Ameera yang sedang menjamah Makaron kelihatan mengambil alih dan memegang telefon bimbit milik Meerqeen sambil merakamkan aksi mereka berdua.

Dalam pada itu, video tersebut juga turut dikongsikan oleh peminat Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK)  menerusi platform TikTok.

Perkongsian video berdurasi 11 saat itu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan kedua-dua selebriti ini tampak sepadan apabila bersama.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa, mereka tidak sekufu memandangkan Ameera lahir dalam keluarga berada.

“Sepadan! Tapi kalau nak dengan LMK poket Meerqeen kena tebal.

“Tak mampu dia kalau dengan Ameera ni. High maintanance.

“Pandai Meerqeen pilih yang hidung mancung je.

“Dating ke? Ameera pakai phone Meerqeen? OMG! Sepadan.

“LMK ni dengan sesiapa pun dia sesuai. Cantik, baik. Memang sesuai sangatlah kalau mereka dating,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 24,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

Terdahulu, pasangan ini mula mencuri perhatian apabila kedua-duanya sempat merakamkan foto bersama-sama ketika menghadiri  sebuah acara anjuran produk jenama antarabangsa terkenal, Christian Dior.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Fri, 18 May 2018

Marsha Milan Teruja Sambut Ramadan Kali Ini

Menurut Marsha juga, bulan ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana pada bulan ini sahajalah kita dapat memperbanyakkan ibadah disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kami Saling ‘Usha’ Satu Sama Lain” – Ameer Aiman Dedah Kisah Cinta Dengan Noor Nabila Bermula Di Gimnasium

Teman lelaki kepada personaliti media sosial, Noor Nabila, iaitu Ameer Aiman, berkongsi detik awal perkenalan mereka yang bermula di sebuah gimnasium. Menerusi video siaran langsung yang tular di TikTok, Ameer mendedahkan Nabila, atau mesra disapa […]

Featured Mon, 11 Nov 2024

Pelakon Wanita Popular Didakwa Enggan Bayar Hutang Akhirnya Tampil Beri Respons – “Saya Tak Nak Aibkan Sesiapa”

Pelakon wanita terbabit dikatakan enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Erra Fazira Bersuara Mengenai Isu Sakit Mental

Erra Fazira bersuara tentang sakit mental termasuklah kemurungan kerana hal ini tidak boleh dibuat main dan perlu dititikberatkan….

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Alif Hadi dah temui pengganti Yasmin Hani?

Hiburan Wed, 4 Dec 2024

Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Jay Iswazir didakwa paksa gugur kandungan, Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita

error: Content is protected !!