Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong didakwa tidak melengkapkan waktu pantang dan telah keluar rumah selepas 10 hari melahirkan cahaya mata yang kedua.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menjelaskan tentang tajuk berita dari sebuah portal yang merisaukan keadaan dirinya.

“Bentan nanti.. Badan nak pakai lama tu..” Baru 10 Hari Berpantang, Emma Maembong Pergi Wayang ‘Support’ Zizan Razak,” tulis tajuk berita tersebut.

Menurut Emma, dia telah melahirkan anak kedua pada 27 April lalu dan hadir untuk menyokong rakannya, Zizan semasa malam gala filem Polis Evo 3 pada Khamis lalu iaitu 21 hari selepas bersalin.

Malah, dia hairan mengapa isu pantang ini masih diperkatakan.

“Guys saya bersalin 27/4 ye. Apo baru 10 hari berpantang. Tak settle-settle lagi ke isu pantang ni,” ujarnya.

Untuk rekod, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 2, dan Shakil Aryan yang berusia hampir sebulan.

Maya Basir