Alvin Chong Akui Ada ‘Age Gap’ Dengan Pelakon Muda – “Kalau Mereka Lepas Shooting Terus Nak…”

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong, 32, mengakui ada jurang umur diantara dirinya dengan pelakon-pelakon yang lebih muda.

Menurutnya, dia tidak lagi mempunyai tenaga untuk berkongsi aktiviti-aktiviti di sosial media seperti mana di awal penglibatannya dalam industri.

“Ada rasa generation gap tu. Kalau masa start (berlakon) dulu, saya rajin up IG stories ataupun buat TikTok content tapi sekarang mereka (pelakon muda) yang gigih, saya pula yang macam dah malas dah,” ujarnya.

Alvin ditemui semasa sidang media drama siri terbitan Viu Presents yang berjudul Journal Sara-haeyo di Artisan’s Playground, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Barisan pelakon lain yang turut hadir ialah Adriana Adnan, Arena Wan, Andi Bernadee dan Alisya Rashid.

Bercerita tentang jurang umur dengan barisan pelakon lain, dia lebih memilih untuk terus pulang ke rumah untuk berehat berbanding keluar melepak selepas selesai penggambaran.

“Saya, Adriana dan Andi kalau lepas habis shoot, terus nak balik tidur sebab esok call time awal. Kalau mereka habis shooting terus tanya ‘nak lepak mana?’, so, nampak lah generasi yang berlainan tu.

“For me especially after COVID-19, saya lebih suka duduk rumah. Saya tak suka melepak dekat luar dan menggosip tu saya dah tak buat,” jelasnya.

Maya Basir