Lebih 4 Tahun Sudah Berhijab, Julia Farhana Akui ‘On-Off’ Atas Tuntutan Kerja

“Sebenarnya saya dah empat tahun lalu berhijab namun kadang kala terpaksa buka atas tuntuan kerja,”

Demikian pengakuan pelakon, Julia Farhana yang sedang mencuba untuk istiqamah mengenakan imej berhijab sepenuhnya.

Memetik laporan KOSMO! ONLINE, Julia berkata dia tidak memakai tudung ketika sedang menjalani penggambaran, namun akan memakainya semula selepas selesai.

Bagaimanapun, Julia menafikan pemilihannya untuk tidak bertudung sepenuhnya akan menjejaskan punca pendapatan dan kariernya.

“Saya tidak bertudung sepenuhnya bukan risau mengenai karier kerana saya ada banyak punca pendapatan.

“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).

“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.

“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, isteri kepada doktor sensasi Dr Che Muhammaf Hafiz itu memaklumkan sedang berusaha untuk memperbaiki dalam menjaga auratnya.

“Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.

“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” tambahnya lagi.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Aqilah Paharuzi