Didakwa Mempermainkan Agama Buat Trend ‘Kalau Wanita Kahwin 4’, Nurul Shuhada Mohon Maaf – “Ia Sekadar Konten Saja”

Bekas isteri kepada Hafidz Rosdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dikecam netizen gara-gara didakwa mempersendakan agama.

Terdahulu, Shuhada ada memuat naik video yang membuat trend ‘kalau wanita kahwin 4’ di Instagram miliknya namun bahagian komen telah ditutup.

Video tersebut menunjukkan Nurul Shuhada melakonkan reaksi sekiranya kaum lelaki dimadukan dengan menggunakan ‘filter’ berjambang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Buat Trend ‘Wanita Kalau Kahwin 4’, Netizen Tegur Nurul Shuhada – “Jangan Permainkan Hukum Allah Sis”

Memetik laporan OhBulan!, dia tampil menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempermainkan agama.

Menurutnya, video berkenaan sekadar konten untuk mempromosikan sebuah jenama produk.

“Saya tiada niat nak mempermainkan atau mempersendakan agama. Video tersebut tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik pun. Ia sekadar konten sahaja.

“Konten itu merupakan sebahagian daripada promosi produk yang saya tunjuk dalam video itu,” jelasnya.

Selain itu, ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata ini turut memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan tindakannya tersebut.

“Saya minta maaf kalau ada mana-mana pihak yang tersinggung. Saya percaya orang menegur saya kerana mereka sayang saya. Terima kasih semua,” ujarnya.

Maya Basir