Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Noorkhiriah Bikin Peminat Risau – “Mohon Maaf Dari Saya Buat Semua”

Pelakon Noorkhiriah mencuri perhatian peminat apabila memuat naik kenyataan menerusi Instagram Story miliknya pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Khiriah kelihatan memohon maaf kepada semua pihak andai dirinya ada membuat kesilapan secara sengaja ataupun sebaliknya.

Namun, apa yang mencuri perhatian, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur itu memaklumkan, sekiranya dipanjangkan usia dia pasti akan bertegur sapa semula.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut mengenai kenyataan tersebut, sekaligus ia mengundang persoalan dalam kalangan peminat.

“Assalamualaikum, Mohon maaf dari saya buat semua. Andai ada tersilap kata secara sedar mahupun tidak.

“Esok belum tentu punya nyawa, Andai masih ada pasti saya akan bertegur sapa semula. Terus sebarkan kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Jaga diri semuanya,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut  telahpun dipadam aktres itu beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Terdahulu, pada 13 November lalu, Khiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, berasa kesal apabila diberi ‘harapan palsu’ dan tidak menerima tawaran lakonan selama 6 bulan.

Menurutnya, beberapa produksi yang menghubunginya bertanyakan jadual, namun selepas itu ada yang senyap tanpa khabar berita.

ARTIKEL BERKAITAN:6 Bulan Tiada Tawaran Lakonan, Noorkhiriah Kesal Diberi ‘Harapan Palsu’

ARTIKEL BERKAITAN:”Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

ARTIKEL BERKAITAN:”Suami Penguat Dan Semangat Saya Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan” – Noorkhiriah

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Selebriti Wanita Buka Tudung, Noorkhiriah Pesan Jangan Sampai Tuhan Tarik Nikmat – “Akak Pernah Macam-Macam Rasa…”

Salma Syahbuddin