Didakwa Menjauh Diri Daripada Abby Abadi, Marissa Kongsi Foto Bersama Ibu Bapa – “Never Fails”

Anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim memuat naik sekeping foto bersama keluarga mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, Marissa ‘throwback’ semula foto ketika menyambut ulang tahun kelahirannya bersama ibu bapa kandung dan tirinya.

Marissa memuat naik hantaran tersebut selepas ibu dan bapanya dilihat bertegang urat di ruangan komen baru-baru ini.

Pada foto tersebut, Marissa meletakkan kapsyen ringkas ‘Never Fails’ di InstaStorynya.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Namun begitu, sehingga kini Marissa mahupun Aslam tidak memberi sebarang penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Norman Minta Bertenang Isu Marissa, Abby Abadi Bidas Bekas Suami – “Isu Ni Besar, Awak Sangat Mengecewakan!”

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Ditakdirkan Terjadi, Tetap Akan Terjadi” – Marissa Dania Buka Mulut?

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Mesra Dengan Marissa Dania, Memey Suhaiza Dikecam Tak Sensitif… Didakwa Sengaja Tunjuk Baik

Atiqah Johari